KOOP TRANSPORT

Koop Transport adalah projek sewaan lori untuk kemudahan kepada anggota – anggota koperasi yang memerlukan perkhidmatan sewaan lori. Anggota Koperasi yang memiliki lesen yang sah adalah dibenarkan untuk menyewa lori tersebut. Sekiranya tiada pemandu, Koop Transport akan menyediakan pemandu yang memiliki lesen yang sah untuk tujuan tersebut.

Selain sewaan kepada anggota Koperasi, perkhidmatan sewaan ini juga diberikan kepada individu – individu selain anggota Koperasi secara pandu sendiri atau dengan pemandu.

Selain itu, Koop Transport juga menyediakan perkhidmatan mengangkat barang – barang pindah rumah atau pejabat kepada anggota dan individu – individu di sekitar daerah Johor Bahru dengan bayaran yang berpatutan.

Kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Koop Transport di talian 019 – 758 2336 atau 07 – 232 7672.

Scroll to Top