Rumah Sewa

Koperasi IKM Johor Bahru Bhd mempunyai 4 buah rumah teres 2 tingkat yang dibeli pada tahun 1983. Rumah ini merupakan aset tetap Koperasi dan terletak di Taman Sri Bahagia, Tampoi, Johor Bahru.

Keempat – empat rumah ini disewakan kepada penyewa – penyewa yang berkeluarga dan bujang. Kadar sewaan adalah di antara RM 800.00 – RM 1000.00 sebulan.

Mengikut penilaian semasa pihak majlis berkuasa tempatan, rumah ini bernilai RM 153,000,00 sebuah. 

Pihak Koperasi sentiasa membuat selenggaraan ke atas rumah ini bagi memastikan keselesaan penyewa.

Scroll to Top