Mini Market ini telah beroperasi sejak tahun 1984 di tapak yang berkeluasan 900 kaki persegi bersebelahan pejabat Koperasi di dalam IKM Johor Bahru. Antara aktiviti utama Mini Market ini ialah menjual barang keperluan harian pelajar seperti alat tuli, makanan ringan, peralatan asrama dan lain - lain. Selain itu Mini Market juga menyediakan perkhidmatan membekalkan barangan dalam bentuk hamper/hadiah kepada badan/persatuan di IKM Johor Bahru.
Operasi Mini Market ini diuruskan oleh seoarang pekerja dan dipantau oleh seorang Ahli Lembaga Koperasi (ALK).
Waktu operasi Mini Market adalah dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Namun begitu pada waktu - waktu tertentu operasinya di lanjutkan dari 8.00 malam hingga malam bagi memberi kemudahan kepada para pelajar.